Salam Perkenalan ... Dengan ini

Hari ni Khamis (16/7/09) bersamaan 24 Rejab 1430 Hijrah maka, aku berjaya membina satu blog lagi yang bertemakan MIMBAR. Idea untuk mengadakan tajuk ini adalah ketika aku kat Masjid Karak selepas selesai solat ASAR dok tengah syok nak snap gambar menara Masjid Karak. Tiba-tiba mari idea kenapa tak buat je satu blog berkaitan MIMBAR masjid.

Kandungan blog ini adalah berkaitan dengan rupabentuk dan sejarah MIMBAR dan sedikit sebanyak berkaitan menara masjid. Aku tertarik dengan pelbagai rekabentuk mimbar yang mungkin berlainan di tiap masjid di setiap negeri.

Jadi dengan adanya blog ni bolehlah aku menyimpan pelbagai imej/gambar mimbar di seluruh Malaysia supaya dapat ditatap oleh pengunjung blog ni dan dijadikan rujukan oleh AJK-AJK Masjid. Harap-harap begitulah...

0 comments: