MIMBAR dan KutBAH

2 perkara ni tak boleh dipisahkan kerana jika khatib membaca kutbah ianya akan dilakukan di atas mimbar, maka kita kenali pulak apa dia kutbah

Takrif al-Khutbah
• Nama terbitan yang diambil daripada kata kerja khataba yang bererti ”telah berucap”
• Khatabah membawa maksud ”ucapan”
• Dari segi semantik, diambil daripada kata masdar al-khatib bererti ”ucapan di atas Mimbar atau kata-kata yang diucapkan oleh pengucapnya”.
• Mengikut kesusasteraan Arab, khutbah bermaksud seni pertuturan yang diucapkan kepada orang ramai dengan memberi kepuasan serta menarik perhatian mereka secara pendengaran dan penglihatan.
• Khutbah ialah teks yang bersifat kerohanian dan kemasyarakatan diantara kamum muslimin
.
Sejarah Khutbah Jumaat
• Bermula sejak zaman jahiliah.
• Dimulai oleh Qusai bin Kilab, datuk Rasullullah yang keempat yang mengumpulkan
kaumnya pada hari al-’Arubah yang jatuh pada hari jumaat.
• Pada mulanya hanya sekadar memberi ucapan agar memuliakan kota Mekah.
• Perhimpunan ini diteruskan pada zaman Ka’ab bin Lu’ai iaitu datuk Rasullah yang ke-7 dan menukar nama al-Arubah kepada al-Jum’ah.
• Khutbah pada zaman jahiliah lebih bersifat pengucapan bertema sebagai manifestasi kepada sistem antar kabilah-kabilah.
• Khutbah diucapkan sebagai satu keperluan dalam menerangkan pengajaran-pengajaran Islam, juga sebagai alat penyebaran dakwah Islamiah, amar makruf nahi mungkar serta JIHAD
• Khutbah mempunyai tajuk yang khusus sebagai medium dakwah, penerang syariat-syariat Allah, asas kenegaraaan serta pengaturan sosio-budaya kehidupan masyarakat masyarakat muslimin.
• Khutbah tidak hanya diucapkan pada waktu solat Jumaat sahaja.
• Khutbah juga dibaca dalam solat aidilfitri, solat aidiladha, solat al-Istisqa, ucapan al-Nikah, solat gerhana matahari dan gerhana bulan.

Maudhu ’al-Khutbah
• Tajuk-tajuk khutbah biasanya daripada tajuk-tajuk yang dipilih khusus berhubung
dengan:
a) Usul al-Syariah (al-Diniyah)
b) Nizam al-Hayyat al-Siyasiyyah
c) Al-Ijtima’iyyah
d) Perkara-perkara yang berguna kepada pendengar pada masa itu.
e) Perkara-perkara yang bersangkut dengan persoalan umum.
f) Ibarat-ibarat daripada kehidupan manusia
g) Keterlibatan Allah dalam segala urusan manusia seperti urusan balasan pahala dan dosa.
h) Hal ehwal kehidupan manusia yang beragama berteraskan ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith Nabi.
i) Kisah-kisah daripada al-Quran dan al-Sunnah
j) Wa’az, nasihat dan inzar kepada umat Islam.

Uslub al-Khutbah
1. Uslub al-Quran
a) Al-Tauhid (Tauhidik)
b) Al-Risalah (Perutusan Nabi Muhammad)
c) Al-Bahs (Perbincangan)
i). Uslub khas: bersifat al-wa’az
ii). Uslub musiki ’aniq: bersifat al-inzar
iii). Uslub al-Ghatab:bersifat marah
d) Al-Jaza’(pembalasan)

2. Uslub yang mudah dan jelas difahami oleh semua kaum dan lapisan umur.
Bahasa Perantaraan Khutbah
• Menggunakan bahasa yang difahami oleh para pendengarnya.

Cara Menyampaikan Khutbah
1) Suara yang lantang dan keras.
2) Sikap yang tegas dan bersungguh-sungguh.
3) Meminta hadirin mendengar dengan khusyuk, tafakur, tidak berbual atau bercakap-cakap.
4) Berpakaian kemas dan bersih daripada sebarang hadas.

Keberkesanan Khutbah
1. Segi bahasa
a. usul al-Din: memperkenalkan istilah-istilah bahasa agama.
b. Lafaz al-Syariah:memperkenalkan istilah syariah.
c. Al-Balaqhi: lafaz dan susunannya menyentuh hati

2. Segi adab
a. mashadir al-Hidayah
b. mashadir al-Tasbi’ (kepuasan)
c. Al-Tazkir (memberi perhatian)
d. Tazka Syu’lah al-Din fi al-Nufus (menyalakan semangat keagamaan dalam jiwa)
e. Al-Iqna’ al-Burhan (pujukan keterangan).
f. Al-Mutanazir fi al-’Aqal wal al-Mantiq (penerangan akal dan logik).

3. Dimulai dengan mengagongkan kebesaran Allah, menyeru lepada takwa dan amalan
akhirat.
4. Dibaca secara irtijal (fasih dan lancar tanpa melihat teks).

Dari tamanilmu.com/downloads/RB_Membangun_Institusi_Masjid.pdf

0 comments: