"Daripada sirah Rasullah s.a.w tatkala baginda berhijrah ke Madinah, perkara yang pertama baginda lakukan ialah mencari tapak yang sesuai untuk membina masjid. Masjid pertama menjadi lambang kekuatan aqidah, kesatuan dan perpaduan umat Muslimin. Masjid pertama yang didirikan di Madinah ialah Masjid al-Nabawi yang digunakan oleh Rasulallah s.q.w sebagai pusat tarbiah (pendidikan) dan pentadbiran dalam menyusun strategi ekonomi, peradaban, perang dan sebagainya. Selari dengan perkembangan masa dan kepentinganya, masjid ekemudiannya dikembangkan dan diperindahkan dengan pelbagai unsur dekoratif-ornamentif berdasarkan latarbelakang budaya persekitaran umat Islam.
Dari segi strktur dalaman dan luaran masjid, beberapa perkara dapat dilhat khususnya dari aspek mimbar, arah kiblat, tempat kedudukan imam, ruang erkumpul, tang dan pilar utama, anjug dan serambi, mihrab, tempat berwuduk, menara tempat muazzin melaungkan azan, kubah dan lain-lain lagi. Perkara-perkara ini merupakan karektiristik senibina masjid yang memperlihatkan keunikannya yang tersendiri berbanding dengan seni-bina yang lain. Selain itu, seni bina masjid banyak mengetengahkan bentuk-bentuk bulat yang merupakan bentuk yang paling sempurna yang mencerminkan kelembutan dan kehalusan seolah-lah ia tidak berkesedahan."
Fungsi MIMBAR amat penting maka ianya akan dibina sebaik dan xecantik mungkin dengan dihias dengan pelbagai ukiran dari kayu dan gading yang diukir dengan pelbagai corak. Contohnya di Masjid Cordoba Sepanyol yang menggunakan gading sebagai sebahagian dari ukiran pada Mimbar...
0 comments:
Post a Comment