SEJARAH MASJID KAT MALAYSIA


Sebelum apa-apa kita kenali dulu sejarah masjid kat Malaysia...

Sejarah Awal Kedatangan Islam di Malaysia
• Bertapak di Kelantan terlebih dahulu daripada Melaka
• Dibawa dari China melalui negeri Melayu Champa di Indo-China.
• Penemuan arkeologi Batu Bersurat yang dijumpai di Pan Rhang (ibu negeri Champa),
bertarikh 1035 M yang ditulis dalam bahasa Arab.
• “Mas Dinar” bertulisan Arab ditemui di Kelantan bertarikh 1190 M.
• Batu Bersurat di Terengganu bertarikh 1389 M.
• Islam tiba lebih awal di Kelantan dan Terengganu berbanding Melaka kerana Islam
diterima pada zaman Sultan Muzaffar Shah (antara tahun 1446 hingga 1459 Masihi).
Masjid
• Merupakan satu bangunan di mana umat Islam berkumpul.

• 3 kategori Masjid :
I. Masjid sebagai Rumah Allah
II. Masjid sebagai Rumah Ibadat
III. Masjid sebagai Pusat Pembangunan Masyarakat

Masjid-masjid di Malaysia - Kategori rekabentuk design masjid di Malaysia kepada dua jenis:

I. Masjid yang bercirikan arkitektur tradisional
- Mempunyai bumbung berbentuk piramid yang berlapis.
II. Masjid yang bercirikan arkitektur luar seperti seni bina Timur Tengah, India Muslim dan Afrika Utara.
- Mempunyai kubah

Faktor-faktor yang mempengaruhi seni bina Islam di Malaysia tebahagi kepada 3
kategori:

I. Zaman selepas tiba agama Islam di Malaysia (1300-an-1511)
II. Zaman semasa penjajahan (1511-1957)
III. Zaman selepas merdeka (1957-199)

Masjid Berbentuk Tumpang: Rekabentuk Masjid Tradisional di Malaysia.
- Seni bina ini dipengaruhi daripada unsur-unsur seni bina India dan China serta seni bina tempatan.
- Kriterianya ialah bentuk bumbung yang berlapis dengan susunan dua, tiga, empat atau
lima buah bumbung.
- Dikenali sebagai masjid bumbung berlapis atau som(rabung) pecah empat atau masjid
bumbung bertingkat.
- Keistimewaan masjid ini ialah di antara setiap lapisan bumbung terdapat ruang
pengudaraan untuk mengalirkan keluar udara yang panas dan diganti dengan udara baru.
- Masjid Melayu-Nusantara yang terawal sekali ialah Masjid Agung Demak terletak di Jawa Tengah, Indonesia.

Masjid Agung Demak
• Dibina pada akhir abad ke-15 di Jawa Tengah.
• Masih dalam pemuliharaan dan masih digunakan sehinga hari ini.
• Keluasannya ialah 23.92m  23.92, bertiang seri 4, bertiang tengah 12 dan 24 serambi.
• Bumbungnya berbentuk tunpang tiga lapis dan di bahagian puncaknya terletak mahkota
atap yang dibina dengan kayu.

Masjid Kampung Laut
• Dibina pada awal abad ke-18 dan dianggap masjid tertua di Malaysia.
• Terletak di tapak barunya iaitu di Nilam Puri, Kota Bharu.
• Tapak asalnya di Kampung Laut sebelum berlakunya banjir besar pada tahun 1966 yang
hampir memusnahkannya.
• Masjid ini mempunyai atap tumpang tiga lapis dan bertiang tinggi 2m dari atas tanah.
• Keluasannya 15.86 15.86m, bertaing seri empat, bertiang tengah 16 dan 24 tiang serambi sama naik dan masjid ini dibina menggunakan kayu cengal termasuklah menaranya.

Masjid Terengkera
• Dibina pada tahun 1728.
• Pengubahsuaian telah dilakukan pada tahun 1890 dan strukturnya telah ditukar dari kayu kepada konkrit.
• Pada tahun 1910 masjid ini ditambah dengan menara berbentuk pagoda, pintu gerbang,
pagar, kolah, bilik air dan wakaf.

Rekabentuk Masjid Berkubah:
i). Pengaruh dari Asia Barat dan India
- Masjid pertama yang memakai kubah potong bawang di Nusantara ini ialah Masjid Sultan di Singapura yang dibina pada tahun 1828.
- Di Malaysia, Pegawai Kolonial British adalah orang yang memperkenalkan rekabentuk ini dalam seni bina bangunan.
- Para pekerja pula dibawa dari India yang arif dan mahir.
- Elemen paling menonjol pula ialah kubah bentuk bawang (sama bentuk dengan bawang yang dipotong di bahagian pangkalnya.
- Seni bina Moghul dan Moorish ini wujud di zaman Empayar Sarasenik.
- Seni bina ini juga ada persaman dengan di Masjid Jamek Delhi di India

ii). Pengaruh Barat (kolonial)
- Banyak terdapat di Johor.
- Perbezaan utama ialah eleman kubah tidak dijadikan elemen yang dominan.
- Dewan sembahyang utama ditutupi dengan bumbung limas dan dilindungi dinding parapet dan bukannya kubah utama.
- Dibina pada tahun 1892 dan terletak berhampiran istana di atas bukit
dan mengadap Selat Tebrau dan Singapura.
- Satu-satunya masjid negeri gaya Klasikal British dan pelan serta
tapaknya lebih mirip kepada gereja.

Rekabentuk Masjid Zaman Ini
• Kebanyakannya diolah dari reka bentuk dan seni bina moden dengan menggunakan
teknologi moden.
• Telah wujud pelbagai gaya seni bina masjid iaitu masjid yang dibina sebagai Rumah
Tuhan dan Rumah Ibadat sahaja.
• Masjid juga dsediakan dengan berbagai prasarana memenuhi kehendak masyarakat kini.

Dari http://tamanilmu.com

0 comments: